Thursday, 5 April 2018

BISNES DEMI ANAK-ANAK

Hari ni kakna nak share BIG WHY kakna dalam bisnes. Kenapa kakna sungguh2 nak berjaya dalam bisnes? Jom baca...panjang kisahnya....

Tahun 2004 ~ lepas kawin, kakna berhenti kerja & pindah ke Penang ikut suami. Usaha carik kerja, tapi belum ada rezeki. Dengan gaji suami hanya RM1300, akhirnya segala saving dalam bank pun licin.

Tahun 2005 ~ suami dapat kerja gov, gaji RM2000. Alhamdulillah. Kami pindah ke KL memulakan hidup baru. Masih segar di ingatan, tengah sarat preggy gigih turun naik LRT pegi interview. Tapi masih belum ada rezeki. Hingga satu ketika, masa tengah berpantang di kampung, mak terdengar kami duk diskas, duit langsung dah takde, gaji suami lagi beberapa hari. Mak offer pinjam RM200. Kakna amik RM100 je, sebab tau mak pun bukan ada duit sangat. Sebak usah cerita. Rasa bersalah sangat tak dapat bantu suami cari rezeki. SPM 10A, 7x Sijil Dekan nampaknya tak membantu kakna dapat kerja.

Tahun 2006 ~ Alhamdulillah kakna dapat kerja sebagai kerani akaun, gaji RM1000. Lega sikit rasanya, bolehlah hulur kat mak walau hanya RM50. Nak menyimpan pun takde sangat, cukup2 belanja sekadar perlu.

Tahun 2007 ~ Rezeki anak2, kakna dapat kerja akauntan masa tengah sarat preggy anak kedua. Gaji RM3000, memang rasa lega sangat2. Tapi baru beberapa bulan kerja, stress tak tertanggung. Rupanya kerja di jabatan kerajaan tak seindah yang didengar. Kerja suami lebih2 lagi stress.

Kakna mula carik jalan keluar. Nak berhenti kerja kena ada back up, dah serik bertahun tak kerja. Kena fikirkan masa depan anak2. Kakna start cari bisnes yang sesuai.

Tahun 2008 ~ suami dapat offer tukar ke Terengganu. Fikir positif, mungkin ni jalan keluar untuk kami. Peluang balik duduk dekat dengan mak ayah, moga ada peluang kami buka bisnes kat sana. So suami & anak2 pindah balik Terengganu, kakna kena tunggu kelulusan untuk pindah.

Maka bermulalah episod kakna ulang alik naik bas KL - Terengganu selang seminggu. Tak sangka 'perpisahan' itu akan berterusan untuk tempoh yang lama. Berendam air mata, rindu anak2, dengan beban kerja tak berkesudahan.

Tahun 2010 ~ selepas setahun 1 bulan akhirnya kakna dapat pindah ke Terengganu. Syukur tak terkata. Walau kerja sangat2 stress, tapi takpe lah asal anak2 & suami ada depan mata.

Tahun 2011 ~ setahun menstabilkan keadaan, kakna & suami baru start survey2 rumah untuk dibeli. Tiba2 diuji lagi. Suami dapat naik pangkat, tapi kena pindah ke Putrajaya. Allahhh...takpe lah, mungkin ada hikmahnya. So suami sorang2 pindah Putrajaya, kakna & anak2 stay kat Terengganu.

Bermula pula episod suami selang seminggu drive Putrajaya - Terengganu jenguk kakna & anak2. Kakna pula struggle sorang2 uruskan anak2 yang dah start masuk sekolah. Sekali lagi berendam air mata saban malam.

2013 ~ selepas setahun setengah, akhirnyaaa kakna & anak2 dapat pindah ke Putrajaya. Lepas tu kakna kembali fokus nak carik bisnes yang sesuai. Bisnes yang cukup bagus, hingga kakna boleh tinggalkan jawatan akauntan yang masa tu gaji dah lebih RM4000. Komitmen dah makin banyak, so kalau nak resign income mesti dah berkali ganda dari gaji.

Alhamdulillah Oktober 2013 kakna ditemukan dengan #ProjekSTG. Kakna pilih STG kerana kakna yakin dengan STG kakna dapat capai apa yang kakna nak :
>> dapat bersama anak2 & suami tak kira suami dipindahkan ke mana sahaja
>> pada masa yang sama dapat bantu cari rezeki untuk kehidupan yang lebih baik untuk anak2
>> dapat beli rumah yang selesa. Dengan gaji masa tu, nak beli apartment pun fikir berpuluh kali.
>> dapat bantu mak & adik2

Itulah BIG WHY kakna. Perit tak kerja, serik berjauhan dengan suami & anak2...itu semua kakna dah tak sanggup hadapi sekali lagi. Sebab tu kakna nekad nak berjaya dalam bisnes. Alhamdulillah, plan asal nak pencen umur 40, Allah bagi kakna 'pencen' umur 36. Walau hilang segala faedah pencen, tapi kakna yakin ini yang terbaik sebab ini yang sangat2 kakna impikan. Syukur ya Allah.

Kalau u olls masih rasa teragak2 nak buat bisnes, carilah BIG WHY dalam diri masing2. Apa sebenarnya yang u olls impikan untuk anak2. Perjalanan diaorang masih jauh, sudahkah kita sediakan yang terbaik untuk diaorang? Fikir2 kan.

#CoachZiana
Now I am #5FiguresWorkAtHomeMom
Tq Allah

1 comment:

  1. hebat nya. Tahniah kerana berjaya capai cita-cita untuk pencen dan jadi WAHM

    ReplyDelete