Monday, 9 October 2017

INILAH KISAHKU ~ PART 1


Saje nak imbas semula detik2 awal kakna terjun dalam bidang bisnes.

Lepas kawin, kakna berhenti kije di Kota Bharu dan ikut suami ke Penang pastu ke KL (tahun 2005).

Tapi belum rezeki kakna, berpuluh interview kakna pegi 1 pun tak dapat. 2x ujian bertulis KPLI pun gagal **tabik kat kawan2 yg jadik cikgu**. 7 keping sijil Dean's List bukan jaminan senang dapat kije 😊.

Masa tu akses internet memang takde, nak guna emel pun kena gi cyber cafe. Apa lagi nak buat online biz, mmg tak terfikir langsung. FB pun belum wujud masa tu 😁.

Tahun 2007 kakna dapat kerja di jabatan kerajaan. Tapi baru beberapa bulan, dah rasa nak resign! Tak tertanggung beban & tekanan.

Tapi memikirkan peritnya lebih setahun tak kerja...duit belanja memang tak cukup, saving lagi lah takde... kakna kena cari alternatif untuk bantu ekonomi keluarga. So kakna decide untuk buat bisnes..bila bisnes dah mantap, bolehlah resign.

Bisnes pertama kakna, MLM yg jual susu kolustrum. Ada upline, tapi takde coaching online mcm bisnes skrg. Ada kelas malam setiap minggu di Wisma Getah Asli, depan KLCC. Pernahlah pegi kelas 2@3 kali rasanya.

Masa tu kakna belum kenal FB. Kakna promote guna emel dan blog. Walaupun takde pengalaman dan takde mentor yg guide betul2, hasilnya memberangsangkan.

Tapi bisnes tu tak bertahan lama. Produk bagus, sambutan ok, apa yg berlaku? Nanti kakna sambung Part 2 😊.

#CoachZiana #ProjekSTG
#5FiguresWorkAtHomeMom

No comments:

Post a Comment