Sunday, 10 May 2015

SALAM PERKENALAN

Teks : Norziana Mat Sudin
FOTO : Norziana Mat Sudin


Selamat berkenalan. Saya Norziana Mat Sudin, dilahirkan di Salor, Kota Bharu, Kelantan. Sekarang berusia 35 tahun dan memiliki 2 orang anak. Sejak tahun 2013, saya menetap di Putrajaya dan bekerja di sebuah jabatan kerajaan.

Saya belajar di SMU (A) Maahad Muhammadi Perempuan, kemudiannya melanjutkan pelajaran di Kolej MARA Kuala Nerang. Alhamdulillah, seterusnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari UUM.

Selepas mendirikan rumahtangga pada 2004, saya tidak bekerja hinggalah anak pertama berusia 4 bulan. Bukan tak mahu bekerja, tapi rezeki belum tiba.

Pada Jun 2007, saya memulakan kerjaya sebagai penjawat awam. Syukur tak terhingga. Rezeki berganda, di saat sarat mengandungkan anak kedua. Alhamdulillah.

Tapi baru beberapa bulan bekerja, tak tertanggung rasanya beban & tekanan. Kerap berada di pejabat sampai malam. Ditambah pula menempuh traffic jam setiap hari. Karenah dan politik pejabat sangat memeningkan. Saya mula merasakan kerjaya ini tak sesuai dengan jiwa saya. Apalagi bila terbaca tentang bahayanya stress kepada kesihatan. Saya mula mencari jalan keluar.

Kalau ikutkan hati, rasa nak berhenti kerja serta merta. Namun mengenangkan peritnya setahun tak bekerja, kemudian bekerja sebagai kerani dengan gaji hanya RM1,000, saya kuatkan semangat untuk terus membantu suami mencari rezeki, demi anak-anak dan ibu bapa di kampung. Tapi saya tetap mencari info syarat-syarat untuk pencen awal, berapa pencen yang saya boleh dapat. Tapi umur 40 baru boleh pencen, lagi 12 tahun. Dan duit pencen hanya mula dapat 15 tahun selepas tu! Rasa tak berbaloi nak tunggu.

 Lalu saya buat keputusan untuk cuba berniaga. Walaupun hanya berbekalkan pengalaman berniaga semasa di sekolah menengah (saya join Kelab Usahawan Muda), yang penting menimba pengalaman.

Percubaan pertama menampakkan hasil, tapi tak bertahan lama. Kemudiannya saya mencuba pelbagai jenis perniagaan lain. Bukan sedikit modal melayang, beribu RM.

Alhamdulillah, berkat usaha tanpa jemu akhirnya saya ditemukan dengan perniagaan yang sesuai. Bersama Smart Tycoon Group bermula tahun 2013, kini networking saya semakin kukuh dengan keanggotaan melebihi 200 orang.

Setelah menemui perniagaan yg sebati dengan jiwa, baru sekarang saya yakin untuk mengorak langkah lebih serius untuk mencapai impian saya bergelar Work At Home Mom (WAHM). Syukur ditemukan dengan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Moga dengan bimbingan guru-guru ABDR yang berpengalaman, impian saya akan tercapai sedikit masa lagi. Amiin.

Di blog ini saya akan abadikan coretan pengalaman dalam perjalanan saya untuk bergelar WAHM. Juga ingin berkongsi ilmu dengan para suri yang mempunyai impian yang sama. Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita bersama.

No comments:

Post a Comment