Monday, 18 May 2015

JUALAN RM100,000 SEBULAN HANYA DARI RUMAH

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Carian Google

Sejak saya serius dalam bisnes online ni, saya dapat pelbagai reaksi dari rakan-rakan. Ramai yang katanya minat nak bisnes tapi :
'saya sibuk, tak cukup masa'
saya tak pandai drive'
'saya susah nak keluar rumah'

Saya hanya tersenyum dengan alasan-alasan tu. Sebab hakikatnya, semua tu bukan halangan. Buktinya, saya dan rakan-rakan dalam rangkaian berjaya mencapai jualan RM100,000 sebulan hanya dengan beroperasi sepenuhnya di rumah. Bagaimana caranya?

Saya kongsikan di sini:

 i) Pemasaran / promosi - 'flyers' diedarkan secara online dengan mengiklan di Facebook, Instagram dan media sosial yang lain. Tak perlu lagi bersusah payah mencetak dan mengedarkan pamplet dari rumah ke rumah. Jimat kos, masa dan tenaga.

 ii) Menerima tempahan dan bayaran - interaksi dengan pembeli hanya melalui telefon bimbit dan bayaran diterima secara atas talian. Maka skop pelanggan lebih luas, tidak tertumpu kepada pelanggan di kawasan kejiranan sahaja.Jimat kos, masa dan tenaga sebab tak perlu keluar berjumpa pelanggan. Kami bukan saja mendapat pelanggan dari seluruh Malaysia, malah dari Singapura, Brunei, Indonesia dan Pakistan!

 iii) Menguruskan penghantaran produk kepada pelanggan - diuruskan oleh pembekal. Tempahan boleh dibuat melalui website. Jika pengeposan dibuat sendiri, Poslaju Malaysia dan syarikat kurier kini menawarkan khidmat kutipan bungkusan dari rumah. Senang kan!

 iv) Pengurusan stok - tempahan stok dibuat melalui website. Esoknya syarikat kurier hantarkan ke depan pintu rumah!

Dengan trend bisnes online kini, semua orang mampu untuk berbisnes. Yang penting, keinginan dan kesungguhan masing-masing untuk berjaya.

 Salam kejayaan.

Berminat nak belajar mulakan bisnes online atau nak dapatkan produk-produk kesihatan? Wassap saya #CoachZiana 018-2420305.

No comments:

Post a Comment