Thursday, 14 May 2015

'GHAIRAH' DALAM BISNES

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Carian Google

Kata bijak pandai, 'kegagalan sebenar ialah bila kita berhenti mencuba'.

Hari ni saya nak berkongsi pengalaman saya mencuba macam-macam bisnes dalam usaha mencari bisnes yang sesuai.

Tahun 2013 setelah beberapa percubaan saya gagal, saya berhenti seketika dari keghairahan mencuba pelbagai bisnes. En suami pun dah bising sebab modal beribu RM dah hangus.

Antara percubaan bisnes saya yang menemui kegagalan :
i) Dropship jubah dan tudung - saya hanya berjaya jual 1 helai jubah. Saya sendiri tak dapat 'menghayati' bisnes ini kerana saya kurang berminat mengikuti perkembangan fesyen.

ii) Agen tepung kek segera - pembekal menjanjikan semua promosi akan dilakukan  oleh beliau. Tapi bukan saja tiada usaha promosi oleh beliau, malah bekalan stok yang dihantar juga terkurang daripada jumlah yang telah dibayar. Saya tak dapat menyelami keghairahan dalam bisnes ini kerana kurang bakat dan minat dalam bidang masakan.

iii) Agen jualan produk kesihatan - pada peringkat permulaan, sambutan agak memberangsangkan. Tapi kemudiannya, saya hilang semangat sebab saya sendiri sudah 'tak suka' untuk mengamalkan produk yang saya jual tu kerana rasanya yang kurang enak. Macam mana nak jual kalau kita sendiri 'tak minat' dengan produk kita.

Dan persamaan dalam ketiga-tiga bisnes tu, TIADA KEGHAIRAHAN dalam bisnes menyebabkan saya tiada energy untuk meneruskannya. Juga TIADA MENTOR yang memberi bimbingan secara berterusan. Upline @ pembekal cuma membekalkan produk dan info-info asas sebagai panduan. Dalam bisnes bermacam-macam cabaran, kalau tiada mentor yang sentiasa memberi sokongan di saat jatuh bangun kita, memang tak ramai yang mampu bertahan.





No comments:

Post a Comment