Wednesday, 27 May 2015

ELAK RAHIM JATUH

Sumber : Utusan Online
Foto : Carian Google

Elak Rahim Jatuh
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

Jatuh organ peranakan (JOP) adalah satu perkara yang biasa berlaku di kalangan kaum wanita. Dianggarkan, hampir separuh daripada mereka yang pernah melahirkan anak akan mengalaminya di kemudian hari.

Namun begitu ramai yang enggan berjumpa doktor atas alasan malu, ditambah dengan keadaan JOP itu sendiri yang tidak mengganggu kehidupan hariannya.
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Kampung Baru Medical Centre (KBMC), Kuala Lumpur, Dr. Rosilawati Abd. Ghani berkata, JOP berlaku dalam keadaan di mana ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu.

‘‘Apabila ini berlaku, rahim akan jatuh keluar faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.
“Walaupun tidak sampai mengancam nyawa tetapi ia mendatangkan ketidakselesaan dan penderitaan emosi. Kadang- kadang seseorang itu boleh mendapat lebih dari sejenis JOP,’’ katanya.


Jenis-jenis JOP:

1) Bahagian atas/bumbung faraj
Sekiranya bahagian atas yang terlibat, maka rahim akan jatuh ke bahagian faraj (uterine prolapsed).
* Gred 1: Rahim terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidak menyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaan dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear
* Gred 2: Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj
* Gred 3: Hampir keseluruhan rahim jatuh terkeluar dari faraj.

2) Bahagian hadapan
Pundi air kencing jatuh ke dalam faraj (sistosele). Ia akan menolak dinding faraj ke hadapan yang menonjol seperti satu benjolan.
Kebiasaannya pundi dan salur kencing akan jatuh sekali (Cystourethrocele) dan paling biasa terjadi di kalangan wanita.

3) Bahagian belakang faraj
“Sebahagian dari usus kecil yang mengisi ruang antara rahim dan faraj boleh jatuh di kawasan antara faraj dan bahagian akhir usus besar (rektum). Keadaan ini dipanggil enterosele.

“Jika rektum pula yang jatuh, ia akan membentuk satu benjolan di belakang faraj berhampiran dengan dubur. Ini dipanggil rektosele,’’ terang Dr. Rosilawati.
Kemungkinan besar, kedua-dua keadaan ini boleh berlaku serentak dan harus diperiksa secara menyeluruh. Ini amat penting kerana jika tidak didiagnosis, boleh meningkatkan kesengsaraan pesakit lebih-lebih lagi selepas pembedahan.

Menurutnya, ada lagi satu keadaan dipanggil vault prolapse yang berlaku selepas pembedahan histerektomi atas apa jua masalah.

“Ini mungkin mengambil masa untuk berlaku setelah sokongan oleh otot-otot keliling dan bekas jahitan pada faraj menjadi lemah lalu jatuh ke bawah.

“Ia terjadi pada 15 peratus wanita yang menjalani pembedahan histerektomi disebabkan oleh JOP dan hanya satu peratus atas alasan lain seperti fibroid,’’ ujar beliau.

Punca-punca JOP:
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan otot dan ligamen pelvis menjadi lemah, antaranya kehamilan dan bersalin; usia dan menopaus; obesiti; ketumbuhan seperti fibroid yang besar dan; batuk atau sembelit kronik.

Lain-lain termasuklah mengangkat bebanan yang berat; keturunan seperti Sindrom Marfan dan etnik; menjalani pembedahan pelvis seperti histerektomi, pembetulan pundi kencing dan; kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang.
Simptom dan diagnosis

Wanita yang mengalami masalah JOP yang sedikit, kata Dr. Rosilawati, ada kalanya tidak berasa sebarang simptom atau ketidakselesaan.

“Sekiranya pundi kencing yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan wanita sukar mengawal kencing, kerap kencing atau kencing tidak puas.

“Apabila usus kecil atau besar yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan sembelit, rasa tidak puas buang air besar sehingga kadangkala terpaksa memasukkan jari untuk mengeluarkan najis.’’
Jatuh organ rahim pula menyebabkan wanita berasa ada benda berat di celah alat sulitnya. Dalam keadaan yang teruk di mana rahim jatuh keseluruhannya, boleh menyebabkan luka, berdarah dan jangkitan kuman.


Pencegahan
* Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera

* Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang

* Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air

* Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat

* Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik

* Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.


Rawatan

Dr. Rosilawati berkata, sekiranya JOP masih di peringkat awal, pesakit akan dirujuk kepada pakar fisioterapi untuk mengajar teknik senaman pelvik.

‘‘Selain itu, pesari faraj iaitu alat berupa gelang/donut yang terdapat dalam beberapa saiz boleh digunakan untuk mengekang rahim dari jatuh.

“Ia boleh digunakan oleh wanita dari segala peringkat usia reproduktif atau yang menopaus, yang tidak boleh atau tidak memilih cara pembedahan,’’ jelasnya.
Mengulas lanjut, ini mungkin disebabkan wanita itu muda dan masih mahu mengandung dan melahirkan anak atau wanita berusia yang tidak sihat untuk menjalani pembedahan.

Cuma, ia perlu diganti setiap tiga atau empat bulan dan pesakit hendaklah berjumpa pakar sakit puan untuk memasang dan menukarnya.

Secara amnya, setiap rawatan individu adalah bergantung kepada pelbagai sebab seperti usia, simptom, jenis JOP, perancangan reproduktif dan seksual, tahap kesihatan serta kesannya terhadap kehidupan wanita itu.


Rawatan pembedahan

Merupakan pilihan terakhir setelah segalanya dilakukan. Anterior repair-colporrhaphy adalah pembedahan yang dilakukan dari bahagian hadapan faraj tanpa melibatkan insisi/belah di bahagian abdomen/perut.

Dr. Rosilawati memberitahu: “Ia digunakan untuk membetulkan pundi kencing yang sudah jatuh. Selalunya bius sepenuhnya atau bius separuh digunakan.

“Komplikasi yang mungkin berlaku (tetapi jarang) adalah sakit ketika melakukan hubungan kelamin, pundi kencing yang terlalu sensitif ataupun sukar membuang air kecil.’’

Begitu juga dengan posterior repair yang melibatkan pembedahan dari belakang faraj dengan komplikasi yang lebih kurang sama dengan anterior repair. Selain itu, terdapat teknik baru menggunakan pita khas tetapi agak mahal.

“Rawatan pembedahan untuk rahim yang jatuh adalah dengan cara mengeluarkan rahim dari faraj dipanggil histerektomi faraj.

“Selalu juga, ketiga-tiga prosedur tersebut dilakukan serentak kerana JOP melibatkan bahagian hadapan, belakang dan rahim sekali gus,’’ katanya sambil menambah, salah satu komplikasi yang boleh berlaku adalah vault prolapse yang mana pembedahan untuk mengatasi masalah ini lebih merumitkan.

Pascapembedahan

Kebiasaannya, mereka yang pernah mengalami pembedahan melalui faraj akan melalui prosedur pembedahan yang singkat, kurang memerlukan ubat tahan sakit, mengalami pemulihan cepat dan memulakan hidup seperti biasa.

Walaupun begitu, histerektomi mengambil masa tiga bulan untuk pulih sepenuhnya. “Hubungan seks boleh dimulakan kembali enam minggu lepas pembedahan. Usah risau, ia tidak akan mengganggu kehidupan seks normal.

“Yang penting, janganlah malu untuk berjumpa doktor dan menceritakan tentang segala masalah alat sulit yang dihidapi,’’ pesan Dr. Rosilawati. Lakukan pemeriksaan tahunan dan pap smear sebagaimana jadual yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.

Kesimpulannya, rawatan dalam bentuk pembedahan atau bukan banyak bergantung kepada wanita itu sendiri, keseriusan masalahnya serta aspirasi masa depan reproduktif dan seksualnya.

Tuesday, 26 May 2015

STG MEGA ROADSHOW - ZON SELATAN

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Norziana Mat Sudin

LIVE FROM JB!
FULL HOUSE!

STG MEGA ROADSHOW ~ mendengar perkongsian dari pengasas STG, CDM Norazlin Nordin yang kini memegang income lebih RM100,000 sebulan!

Inilah yang bestnya dengan STG, sentiasa dibimbing dan diberi ilmu oleh mentor-mentor yang dah berjaya.

Nak tau lebih lanjut pasal STG? Whatsapp saya ye.

#KarnivalSihatCantik
#MobileStokistPutrajaya
#ProjekSTG
#WAHMProject
#TuisyenBizOnlineTBO
#TMTDareToDream
#ProjekRayaSakan
#CoachZiana 018-2420305

STOK LICIN LAGI!

Alhamdulillah, selesai susun sebahagian stok yg baru tiba pagi tadi. Sebahagian lagi masih ada atas kereta.

Dari minggu lepas banyak stokis kehabisan stok Maharani dan Mineral Coffee. Nasib baik saya selalu ada ready stok, so boleh tolong bekalkan stok untuk agen-agen di seluruh negara.

Dalam bisnes, memang boleh bermula tanpa stok. Tapi bila bisnes sudah semakin maju, adalah lebih bagus anda mempunyai stok sendiri.

Cuba bayangkan : sebuah gerai makan di sebuah pekan, gerainya menarik dan dihias rapi. Tapi bahan-bahan masakan belum dibeli. 

Datang 2 orang pelanggan. 'Bang, bagi kami mi goreng dan nasi goreng'.

'Ok dik. Tunggu kejap ye, abang pergi beli bahan-bahannya'.

Maka pemilik gerai pun bergegas ke kedai untuk membeli mi, beras, minyak, bawang, telur dan bahan-bahan lain.

Agak-agak pelanggan tadi sanggup ke tunggu? Mungkin ya, kalau kat situ itu satu-satunya gerai makan yang ada dan mereka tersangat lapar.

Itulah perbandingannya bila anda berniaga produk fizikal tapi tidak sanggup untuk menyimpan stok. Untuk menyimpan stok tidak semestinya perlukan modal yang besar. RM100, RM300, RM500, RM1000. Pilihlah ikut kemampuan anda.

Berminat nak tahu cara mulakan bisnes dengan modal RM50? Whatsapp saya 018-2420305.

# Nak order produk? Tempah online di sini : http://norzianamatsudin.blogspot.com/2015/05/tempahan-online-free-postage.html

#MobileStokistPutrajaya
#ProjekSTG
#WAHMProject
#TuisyenBizOnlineTBO
#TMTDareToDream
#ProjekRayaSakan
#CoachZiana 018-2420305

Sunday, 24 May 2015

ONLINE vs OFFLINE

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Tun Mozla bt Mamat

Alhamdulillah, baru selesai follow #TuisyenBizOnlineTBO oleh leader hebat coming CDM Tun Mozla Binti Mamat bersama lebih 200 orang peserta di seluruh negara.

Ini yg bestnya #ProjekSTG. Kalau nak buat kelas offline, bukan senang nak berkumpul bersama, apa lagi tengah-tengah malam ni kan. Para ibu lagi lah banyak halangannya. Nak urus anak-anak, nak susukan baby, nak masak, nak sediakan kelengkapan sekolah dan macam-macam lagi.

Tapi dengan bisnes online ni, semuanya senang. Sambil-sambil buat semua tu, boleh je berdiskusi, brain storming hala tuju bisnes.

Terima kasih 'cikgu' juga rakan-rakan seperjuangan. Moga perkongsian ilmu malam ni memberi manfaat kpd kita semua.

MAKAN GAJI vs BISNES

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Norziana Mat Sudin

Sedarkah kita, ramai hari ni di kalangan kita  sanggup setiap hari meredah kesesakan traffic, kelam kabut mengejar punch card, menahan sabar dengan karenah bos, memendam rasa dengan ragam rakan-rakan sekerja, mengorbankan masa dengan anak-anak, untuk mendapatkan upah / gaji.

Gaji yang hanya sempat 'singgah' seminggu dua dalam akaun bank dan dompet kita. Selepas tu kita kembali tak keruan memikirkan belanja-belanja sementara hari gaji bulan berikutnya.

Seronok kan kalau tak perlu pening dengan semua tu, santai-santai bisnes dari rumah dan dapat untung yang sama banyak macam makan gaji, malah lebih banyak! Saya dah jumpa caranya, dan sedang membuat persediaan sebelum mengambil langkah untuk menguruskan bisnes ni sepenuh masa dari rumah.

Saya mula bekerja sebagai Akauntan di jabatan kerajaan pada Jun 2007. Gaji pertama saya RM2345 sebulan. Dan bulan ni genap 8 tahun, gaji saya kini RM4200 sebulan.

Cuba bandingkan dengan ini -》》 saya mulakan bisnes bersama STG pada Oktober 2013. Bonus pertama saya RM700. Januari 2015, bonus saya RM4437 sebulan!


Nampak apa yang saya cuba sampaikan? Dalam bisnes, kita boleh tentukan berapa pendapatan kita. Kita pekerja, kitalah bos. Yang penting DUIT. Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal.

Berminat nak belajar cara mulakan bisnes dengan modal RM50? whatsapp saya 018-2420305.

STG MEGA ROADSHOW - JELAJAH MALAYSIA

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Smart Tycoon Group

[ ISTIMEWA UNTUK ORANG UTARA & SELATAN ~ Mungkin peluang setahun sekali sahaja!]

Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Berkat doa anda semua yang selalu tertanya-tanya, siapakah STG? Apakah #ProjekSTG yang menjadi satu fenomena di dunia Facebook?

Kini, pertanyaan anda bakal menjadi kenyataan.
Peluang yg jarang diberikan untuk semua, STG akan mengadakan Mega Roadshow PERCUMA bagi menjelaskan sejelas-jelasnya tentang #ProjekSTG secara LIVE bersama pengasasnya dan team mastermind.

Setelah hampir 4 tahun, projek STG telah berjaya mencatatkan pelbagai rekod kejayaan dan mengubah kehidupan ramai orang dengan ilmu, mentor dan sistem yang teruji dan terbukti. Alhamdulillah, syukur.

Apa itu STG?
Minda Magnet Rezeki?
FB Genius?
Cek Insentif?
The Magic Of Part Time?
Aset Bisnes?
Melancong percuma?
"Siapa yang bertanya, pasti mendapat jawapannya."

Jawapannya di sini:
STG Mega Roadshow - JELAJAH MALAYSIA.

Selatan ~ 26 Mei 2015 (Selasa) 8.45mlm ~ STG Centre, Skudai

Utara ~ 6 Jun 2015 (Sabtu) 9pg-12 tgh ~ Hotel Emerald

Datang awal untuk elak kesesakan.
Masuk PERCUMA. Semua dialu-alukan hadir.

Whatsapp saya untuk info lanjut.. FAST ACTION FAST RESULT!

Sebelum tu jom layan video ni, kenal2 dengan STG..tak kenal maka tak cinta!! :-)  STG CORPORATE VIDEO 2015 >>> https://www.youtube.com/watch?v=Pnmguied21E

#ProjekSTG
#WAHMProject
#TuisyenBizOnlineTBO
#TMTDareToDream
#ProjekRayaSakan
#CoachZiana 018-2420305

Saturday, 23 May 2015

BIO SELEZA UNTUK SEISI KELUARGA

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Carian Google

Siapa yang sesuai untuk guna tuala wanita Bio Seleza?

✔️Semua perempuan dan wanita yang telah baligh, sama ada remaja, belia atau pun dewasa kerana memakai pad atau pantyliner untuk kegunaan semasa haid, selain untuk penjagaan kebersihan, memberi tenaga dan membantu mengatasi masalah dalaman wanita.

✔️Wanita yang mengalami masalah seperti :
* keputihan, kekuningan, kehijauan
* senggugut
* sering pening dan kurang tenaga ketika haid
* aliran darah haid yang terlalu banyak / terlalu sedikit
* haid tidak teratur (berbulan-bulan atau bertahun haid tak datang)
* terkencing ketika batuk atau bersin
* sakit di bahagian tumit
* ketumbuhan ‘Cyst’ dan Fibroi
* ketidakseimbangan hormon
* sukar hamil
* kerap membuang air kecil, 
* vagina gatal dan berbau
* kurang keinginan seksual
* hubungan intim dengan suami dingin
* air kencing kotor
* kanser serviks / rahim
* buasir

✔️Wanita yang telah putus haid (menopause) kerana pada tempoh ini wanita mengalami masalah lemah otot pundi kencing yang menyebabkan sukar untuk mengawal kencing. Selain itu, pada tempoh ini juga wanita lebih berisiko tinggi dihidapi kanser rahim.

✔️Wanita yang tidak mengalami sebarang masalah kewanitaan kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Lagipun kita tak tau bila akan mendapat jangkitan dan penyakit.

✔️Dalam kes-kes tertentu, lelaki juga boleh menggunakan produk ini bagi merawat masalah angin pasang dan buasir.

KUDIS BUTA BERANSUR PULIH DENGAN BIO SELEZA

Dah lama tak share pasal Bio Seleza pelbagai guna ni. Ari ni nak share  testimoni terbaru, kudis buta pecah & beransur pulih lps tampal pantiliner Bio Seleza!
Nak try Bio Seleza yg awesome ni?? Tempah online kat sini ye 

#MobileStokistPutrajaya
#ProjekSTG
#WAHMProject
#TuisyenBizOnlineTBO
#TMTDareToDream
#ProjekRayaSakan
#CoachZiana 018-2420305

KOMPILASI TESTIMONI MINERAL COFFEE DAN GARLIC (PROJEK KEMPIS PERUT)
















Friday, 22 May 2015

REALISASIKAN IMPIAN BERSAMA ZMS WAHM ACADEMY

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Carian Google

Dalam perjuangan untuk mencapai cita-cita menjadi WAHM yang berjaya, saya juga nak membantu rakan-rakan yang mempunyai impian yang sama.

Maka tertubuhlah ZMS WAHM Academy dengan misi untuk membimbing bakal-bakal usahawan berjaya dalam bisnes online dari keselesaan rumah masing-masing.

Dilancarkan pada 10 Mei 2015, sambutan sangat menggalakkan dengan peserta batch pertama seramai 52 orang.

Khas untuk peserta ZMS WAHM Academy, kami coach untuk bisnes online 99.99% guna smartphone. Sebab kami faham, tak semua org ada komputer @ laptop kan. Tapi kami nak buktikan dengan hanya guna smartphone semua org boleh buat bisnes online.

Kelas online dijalankan di FB group, dengan bahan-bahan disediakan dalam bentuk gambar dan video yang senang diikuti. Syarat utama untuk ikuti kelas sangat mudah, hanya perlu ada smartphone dan capaian internet.

Berminat nak sertai ZMS WAHM Academy? Yuran hanya RM30 seumur hidup (mungkin akan dinaikkan pada masa depan). Whatsapp saya #CoachZiana 018-2420305 untuk info lanjut.

#KarnivalSihatCantik
#MobileStokistPutrajaya
#ProjekSTG
#WAHMProject
#TuisyenBizOnlineTBO
#TMTDareToDream
#ProjekRayaSakan
#CoachZiana 018-2420305

     

Thursday, 21 May 2015

BAGAIMANA MULA BISNES DENGAN RM50

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Norziana Mat Sudin

Ramai yang masih ragu-ragu semua orang boleh mulakan bisnes dengan modal yang rendah. Dalam inovasi bisnes masa kini, pelbagai jenis bisnes boleh dijalankan tanpa modal. Contohnya program affiliate dan dropship kebanyakannya boleh dimulakan tanpa modal.

Hari ni saya nak berkongsi bagaimana anda boleh mulakan bisnes bersama Smart Tycoon Group (STG) hanya dengan modal RM50.

STG menjadikan produk edaran Sahajidah Hai-o Marketing (SHOM) sebagai platform bisnes. RM50 adalah yuran pendaftaran sebagai agen SHOM bagi membolehkan anda mendapat keistimewaan sebagai agen :
* beli produk dengan harga agen
* dapat untung runcit atas jualan (10-20%)
* dapat point jualan (Point Value = PV)
* dapat komisen / bonus 3-41% (berdasarkan PV)
* dapat bonus Tabung Wawasan & Tabung Kereta
* dapat tiket pelancongan percuma ke luar negara

Setelah mendaftar sebagai agen, anda boleh mula mengiklankan produk-produk SHOM di Facebook, Instagram, web, blog dan lain-lain. Info, bahan promosi dan contoh-contoh iklan disediakan dan boleh diakses secara online pada bila-bila masa.

Macam mana dengan STOK? Penghantaran produk kepada pelanggan boleh diuruskan oleh stokis berdaftar atau mobile stokis dalam kumpulan masing-masing. Kalau anda ada modal, anda boleh beli stok dan uruskan sendiri penghantaran pesanan pelanggan. Tak perlu pening kepala nak buat loan dan tiap-tiap bulan pening fikir nak bayar hutang bank. :-)

Senang je kan? Kalau berminat nak cuba bisnes bersama STG, whatsapp saya 018-2420305.

BISNES DARI RUMAH, 230 AGEN DI SELURUH NEGARA

Teks : Norziana Maat Sudin
Foto : Norziana Mat Sudin

Alhamdulillah, hari ni hari gaji sektor kerajaan. Hari gaji jualan memang melonjak, ramai yang suka shopping. Saya bukan saja tak menang tangan uruskan order dari customer, tapi juga uruskan order dari agen-agen yang nak dapatkan stok.

Berderet-deret pakat bank in bayaran, tak sabar nak cepat-cepat dapat stok. Alhamdulillah, selepas setahun setengah mulakan bisnes ni, sekarang saya ada lebih 230 agen di seluruh negara.

Agen-agen ni dari macam-macam latar belakang, majoriti sedang bekerja makan gaji dan hanya berniaga secara part time. Dalam rangkaian kami ada pensyarah, eksekutif, akauntan, cikgu dan tak kurang juga suri rumah yang berminat menambah pendapatan melalui bisnes online.

Bisnes bersama Smart Tycoon Group memang mudah, bimbingan diberikan stey by step. Misi kami adalah untuk melahirkan usahawan yang mengenggam 5-6 angka sebulan hanya dari rumah. Ramai dah berjaya, kita juga pasti boleh!

Berminat nak tahu lebih lanjut tentang Smart Tycoon Group? Whatsapp saya #CoachZiana 018-2420305.