Monday, 19 October 2015

4 KALI NAIK PANGKAT

Seronok plak share fakta MAKAN GAJI vs BISNES :-) ....

2 tahun sebagai usahawan online Smart Tycoon Group (STG), saya dpt lihat banyaknya beza antara makan gaji dan buat biz online....

Saya mula berkhidmat dlm sektor awam tahun 2007....dan saya dinaikkan pangkat ke gred W44 pada tahun 2013, selepas 6 tahun... bermula dengan gaji RM2345, gaji sekarang RM4250...

Purata tempoh untuk naik ke pangkat W48 dan seterusnya adalah 5 tahun bagi setiap pangkat, malah ada yang lagi lama. Kiranya paling awal saya boleh mencapai pangkat tertinggi W54 adalah pada tahun 2028, lagi 13 tahun... at that time gaji yg diperolehi lebih kurang RM10,000 sebulan.

Mcm mana plak sistem kenaikan pangkat dlm STG? Tengok yg ni dulu...
   Okt 2013 - mendaftar sebagai ahli
   Nov 2013 - naik pangkat Sales Manager (SM) ~ jualan terkumpul RM20,000
   Jan 2014 - naik pangkat Senior Sales Manager (SSM)  ~ jualan terkumpul RM60,000
   Nov 2014 - naik pangkat Diamond Sales Manager (DSM) ~ jualan terkumpul RM180,000
   Julai 2015 - naik pangkat Double Diamond Manager (DDM) ~ jualan terkumpul RM720,000

Income pertama saya pada Okt 2013 RM700....dan setakat ni income tertinggi saya dapat adalah RM11,593 pada Ogos 2015....

Ringkasnya, dlm STG sistem kenaikan pangkat sangat telus. Asal memenuhi syarat dan mencapai jualan terkumpul yg ditetapkan, terus dpt naik pangkat. Semakin tinggi pangkat, semakin besar income...

Berbeza dengan makan gaji...kenaikan pangkat bukan hanya berdasarkan prestasi tapi mengambilkira merit, sokongan bos dan paling penting kekosongan jawatan...sebenarnya sangat ramai terpaksa berada di pangkat yg sama melebihi 10 tahun kerana tiada kekosongan jawatan..

Point saya di sini, besarnya peluang untuk mencapai financial freedom dengan Projek STG. Tak perlu berhenti kerja pun, sebab kami di STG berpegang kpd konsep The Magic of Part Time..

Wassap saya 018-2420305 untuk info lanjut tentang Projek STG..

#ProjekSTG
#UsahawanOnline
#TuisyenBizOnlineTBO
#MobileStokistPutrajaya
#HaitOsaka
#TMTDareToDream
#CoachZiana 018-2420305

》》》 JUN DAPAT RM3K, OGOS DAPAT RM11K???? 《《《


Kali ni nak share 1 lg fakta menarik... makan gaji vs bisnes....

Dlm sektor kerajaan, kenaikan gaji bagi skim Akauntan adalah antara RM225 hingga RM320 je setahun... even naik pangkat pun biasanya gaji + elaun hanya bertambah lebih kurang RM1,000....

psttt ni nak bgtau....dgn biz part time STG ni, bln Jun saya dpt RM3,717 manakala bulan Ogos lak saya dpt RM11,593....income naik RM7,000++ hanya dlm masa 2 bulan!!!! BESTTT KE BESTTT????

Mungkin ada yg bertanya, kalau dh dpt bnyk mcm tu knp masih makan gaji??? Yup, saya mmg bercita2 nak full time biz dari rumah....cuma sblm mengambil tindakan drastik, persediaan secukupnya diperlukan..doakan impian saya segera tercapai ye...amiin... :-) 

terima kasih tak terhingga sifu2 hebat com. CDM Wannoraini Abdul Latif, CDM Tun Mozla Binti Mamat, CDM Dr Kamesah Omar, CDM Norazlin Nordin dan CDM Arifin Shah.....

Bulan ni saya nk coach 5 org new protege untuk jadi usahawan online...pm for details....  FAST ACTION FAST RESULT!!!

#KarnivalSihatCantik Menangi BVSM bernilai RM1488
#ProjekSTG
#UsahawanOnline
#TuisyenBizOnlineTBO
#MobileStokistPutrajaya
#HaitOsaka
#TMTDareToDream
#CoachZiana 018-2420305

》》 MAKAN GAJI 30 TAHUN GAJI RM23,000 , BIZ PART TIME 2 TAHUN INCOME RM44,000 《《

Hari ni nak share sket...betapa besarnya peluang dlm biz bersama #ProjekSTG...

Dlm sektor kerajaan, gred tertinggi VU1 gaji maksimum RM23,577.24... gred VU1 tu pangkat KSN, nak sampai ke tahap tu paling kurang 30 tahun berkhidmat...

Tp dlm family STG, dh ramai yg berjaya dpt income melebihi RM20k hanya dlm masa 2 tahun...yg berjaya capai RM44k dlm masa 2 tahun pun ada... malah ada yg dh berjaya dpt RM100k sebulan dlm masa 6 tahun!!! Saya sndiri dh capai income lebih RM10k sebulan...alhamdulillah....

Yg sy paling suka dgn biz online gaya STG ni sbb 99% online.. coaching, order stok, pos order customer semuanya boleh dibuat secara online...yg penting ada  smartphone dan line internet...

Tak boleh keluar rumah, tak bleh drive, tak reti menjual juga bukan alasan...yg penting anda NAKKK dan sanggup follow apa yg diajar oleh coach....

Nak tak lebih lanjut psl STG? Cpt2 pm / wassap ye!!

#KarnivalSihatCantik Menangi BVSM bernilai RM1488
#ProjekSTG
#UsahawanOnline
#TuisyenBizOnlineTBO
#MobileStokistPutrajaya
#HaitOsaka
#TMTDareToDream
#CoachZiana 018-2420305

Thursday, 20 August 2015

STOK RM5K LICIN DALAM MASA 3 HARI!!!


Wah, tumpang gembira dengan perkembangan biz partner kami kak Natrah Md Rashid Nat....awal2 takut2 nak amik stok bnyk2, risau stok tersadai...tp tgk ni, baru 3 ari stok RM5k dah hampir licin!!!!!
Jom kak Nat kita buat laju2 lagi....fokus misi kita unt jadi usahanita income RM20k sebulan!! Amiin....

Nak jadi mcm kak Nat ni?? Meh saya coach sampai jadi...pm / wassap yer...

CARLO RINO FREE :-)

Yeayyyy dpt Carlo Rino lagi...hadiah atas kenaikan pangkat sebagai Double Diamond Manager ....syukur ya Allah...
Bak kata mentor2 saya, bukan tak boleh beli sendiri tapi kalau dapat FREE tu kan besttttt!!! :-)

Tqvm my luvly mentor CDM Tun Mozla Binti Mamat atas hadiah yg comeyyy ni...mmg suka sangattt2!! :-)

Dengan #ProjekSTG mmg terpaksa terima bonus, terpaksa dpt hadiah yg bestt2...asal kita buat sungguh2, mmg ada hasilnya...

#KarnivalSihatCantik Menangi BVSM bernilai RM1488
#MobileStokistPutrajaya
#HaitOsaka
#TMTDareToDream
#CoachZiana 018-2420305

Tuesday, 18 August 2015

MOBILE STOKIST CHANGLUN

Bismillahirrahmanirrahiim...

Alhamdulillah, ZMS Team melangkah semakin maju....

Tahniah our new #MobileStokistChanglun Puan Natrah Md Rashid Nat yg akan menguruskan semua order dari customer juga agihan stok kpd agen2 @ biz partner kami di seluruh negara...

Baru 2 hari stok sampai berkotak2, ari ni dah kena restock sbb kejap jerrrr dh licin!!

Syukur jgak, pasni saya dah boleh kurangkan 'kunjungan' ke poslaju...sblm ni mmg rutin setiap hari ke poslaju, sampai nak lunch pun tak sempat.. smile emoticon

Anyway tahniah kak Nat kerana memilih untuk bersama kami...skrg misi saya nak jadikan kak Nat usahanita yg berjaya, hanya dari rumah!!! Amiin...

#KarnivalSihatCantik Menangi BVSM bernilai RM1488
#MobileStokistPutrajaya
#HaitOsaka
#TMTDareToDream
#CoachZiana 018-2420305

Sunday, 14 June 2015

ONLINE STORE ~ TREND BISNES MASA KINI

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Norziana Mat Sudin

Hari ni saya nak share pasal kemudahan tempahan produk secara online yang disediakan oleh Sahajidah Hai-o Marketing atau saya lebih suka panggil 'emall'.

Kat sini boleh tengok harga runcit setiap produk.
Tempahan hanya boleh dibuat oleh pengedar berdaftar. Ini sangat membantu terutama bagi pengedar yang kehabisan stok atau tidak berkesempatan untuk keluar ke pejabat pos. Dalam gambar tu boleh tengok, memang saya kerap gunakan perkhidmatan emall ni.


Keistimewaan emall ni:

1. Tempahan boleh dihantar ke mana-mana destinasi. So pengedar boleh tempah untuk dihantar terus kepada customer.

2. Free postage untuk tempahan RM300 ke atas bagi penghantaran dalam Semenanjung dan RM500 bagi penghantaran ke Sabah / Sarawak.

3. Pembayaran boleh dibuat menggunakan online banking dan lain-lain perkhidmatan pembayaran secara online.

4. Perkhidmatan yang pantas. Tempahan sebelum pukul 12 tengahari akan diproses pada hari bekerja berikutnya. Tapi pengalaman saya, kalau buat tempahan sebelum pukul 11 pagi, tempahan diposkan pada hari yang sama. Penghantaran sekitar Semenanjung biasanya menggunakan Citylink Express.

5. Pembelian akan direkodkan ke dalam akaun pengedar oleh hq (punch sales).

Setakat ni saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan emall ni. Memang cekap dan pantas.
Macam mana nak gunakan emall ni? Perlu login menggunakan id dan password pengedar. Macam mana nak dapatkan id & password ni? Nanti saya kongsikan ye.  :-)

#BonanzaRaya Menangi duit raya RM500
#KarnivalSihatCantik
#MobileStokistPutrajaya
#ProjekSTG
#WAHMProject
#TuisyenBizOnlineTBO
#TMTDareToDream
#ProjekRayaSakan
#CoachZiana 018-2420305

Thursday, 11 June 2015

DAPAT BONUS LAGI

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Norziana Mat Sudin

Alhamdulillah, bonus dah masuk. Dalam chatting room havoc pakat update pasal bonus. Alhamdulillah, gembira dapat membantu sahabat-sahabat meningkatkan ekonomi keluarga.

Saya memang sangat-sangat bersyukur dengan hasil dari bisnes ni. Dulu-dulu, kalau dah letak bajet RM300 untuk bagi kat mak, memang banyak itu je lah yang mampu saya bagi. Nak hulur lebih-lebih memang tak dapat, sebab dah tersenarai bajet setiap bulan.

Tapi sejak join #ProjekSTG, bukan setakat 2x ganda malah berkali-kali ganda pun boleh hulur. Petang tadi call mak bagitahu company dah masukkan bonus dalam akaun mak, mak ucap syukur sebab kebetulan memang tengah perlukan wang tambahan.

Alhamdulillah, syukur sangat. Mesti la best kan, income part time sama banyak dengan gaji.
Part time je, online je, copy paste je. Tapi hasilnya memang mantap!

Ada yang tengah cari peluang nak dapat income tambahan? PM / whatssap cepat-cepat. Saya kongsikan rahsianya secara percuma.

#BonanzaRaya Menangi duit raya RM500
#KarnivalSihatCantik
#MobileStokistPutrajaya
#ProjekSTG
#WAHMProject
#TuisyenBizOnlineTBO
#TMTDareToDream
#ProjekRayaSakan
#CoachZiana 018-2420305

Wednesday, 10 June 2015

SAYA SEORANG PEKERJA

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Norziana Mat Sudin

Hari ni kali pertama belajar topik ni. Dengar penerangan dari pengajar pun dah 'pening'. Banyak betul istilah: CGA, NCGA, RA, RSA, VIU, FVLCTS, DRC. Juga kali pertama dengar perkataan 'extrapolation'. Rasa macam belajar sains angkasa lak rasanya. :-)

Patutlah tahun lepas masa saya diamanahkan bagi talk pasal topik ni selama 2 jam, memang 'menangis' nak fahamkan & buat persediaan. Tak pernah belajar masa degree dulu, tak pernah pun hadir kursus pasal topik ni. Tapi tiba-tiba diarahkan jadi penceramah dalam kursus yang salah seorang peserta yg mendaftar adalah SUB Bahagian Audit Dalam (a.k.a Ketua Auditor JPM) berpangkat Jusa yang semestinya petah & lantang berhujah. Nasib baik saya tak pitam kat atas stage. :-)

Kenangan dan pengalaman sebagai seorang pekerja.
Tak sabar nak realisasikan impian untuk bekerja dari rumah.. Nak jadi bos pada diri sendiri.

Tuesday, 9 June 2015

FAHAMI ANAK EKZEMA

Sumber : www.myhealth.gov.my
Foto : Carian Google

Apa itu ekzema?

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).
Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.

Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Apa penyebab ekzema?

1. Keturunan.
Bukan alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus.
Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-

2. Infeksi virus.
Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.

3. Lain lain jangkitan.
Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.

Apakah tanda tanda dan gejala ekzema?

Ekzema kelihatan seperti:
Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
Bengkak kecil yang berair.

Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?

Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.
Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?

* Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
* Elakkan mandi air panas/suam.
* Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
* Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
* Elakkan dari fabrik yang kasar.
* Jangan gunakan sabun biasa apabila mandi.
* Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
* Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

Rawat ekzema dengan Marine Essence Beauty Bar. Order online di sini > http://norzianamatsudin.blogspot.com/2015/05/tempahan-online-free-postage.html

Sunday, 7 June 2015

PEMENANG KARNIVAL JOM SIHAT & CANTIK BAGI MEI 2015


Tahniah kepada pemenang-pemenang:
PEMENANG HAMPER RM150
Noor Azlin Mohd Yassin
Shahida Haroon
Noor Umirah
Norhasliza Zaza Shafiee
PEMENANG HAMPER RM50
Farra Hakim
Shahirah Ismail
Rosnita Md Noor
Normawati Abd Razak
Muhammad Firdaus
Nora Kasma
Shahsofia Saharudin
Sharifah Samihatul @ Bintul Yahya
Zahida Zainol
Nurul Hani
Murni Arbain
Tuan Nor Azira Cikya
Aisah Kairollah
Mek Teo Tewl
Hongs Chong
Lai Patthik Pharn
Sharmiza Mohd
Jom rebut hadiah untuk bulan Jun pulak ye!
#BonanzaRaya Menangi duit raya RM500
#KarnivalSihatCantik
#MobileStokistPutrajaya
#ProjekSTG
#WAHMProject
#TuisyenBizOnlineTBO
#TMTDareToDream
#ProjekRayaSakan
#CoachZiana 018-2420305

STG MEGA ROADSHOW ZON UTARA

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Norziana Mat Sudin

Semalam berlangsung STG Mega Roadshow Zon Utara bertempat di Emerald Puteri Hotel, Sungai Petani.

Sambutan sangat menggalakkan dengan kehadiran orang-orang utara yang tak mahu melepaskan peluang mendengar perkongsian dari mentor-mentor STG. Antara yang dikongsikan :
- apakah sebenarnya Projek STG
- kenapa STG menjadi pilihan
- bagaimana mendapat passive income dengan Projek STG
- rahsia STG menjana jualan RM4 juta sebulan hanya secara online

Bagi yang tidak berpeluang hadir, boleh hubungi saya untuk mendapatkan penerangan tentang STG.

#CoachZiana 018-2420305

Friday, 5 June 2015

MENANGI DUIT RAYA RM500!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahiim, saya lancarkan PERADUAN #BonanzaRaya 2015.
Jom grab peluang dapat DUIT RAYA RM500!
Syaratnya senang je, beli mana-mana produk minimum RM1,000 sepanjang bulan Jun ni, dapat 1 tiket penyertaan.
Banyaknya nak kena beli?
Tak banyak pun. Saya kongsikan caranya :
i. Beli 1 kotak Mineral Coffee, sekeluarga pakat minum. Tambahan bulan puasa ni minum masa sahur & berbuka, memang beri tenaga. Mesti kejap je dah habis, sebulan boleh habis 5 kotak. Harga 1 sachet RM1.30 jer, memang murah!
ii. Beli 1 kotak  sabun Marine Essence, pakat guna 1 keluarga. Sekotak ada 3 ketul, so boleh share dengan adik beradik atau ipar duai. Lagipun jimat, boleh guna untuk seluruh badan tau. Seketul RM33 je pun.
iii. Beli 1 kotak pantiliner Bio Seleza, share dengan adik beradik, ipar duai atau kawan-kawan ofis. 1 kotak ada 6 pack x 30 keping, modal sekeping RM0.73 je, untuk kesihatan dalaman yang sangat bernilai
Lepas tu bila dah rasa kebaikan produk-produk ni, share cepat-cepat dengan sanak saudara, jiran-jiran atau kawan-kawan ofis. Jangan tak percaya, ada yang baru cuba produk-produk ni, sedar tak sedar dah beli lebih RM2,000 sebulan!
Peraduan yang gempak ni khas untuk ahli ZMS Team je ye. Macam mana nak jadi ahli ZMS Team? Whatsapp je saya, sy cerita sket...senang sangat-sangat! :-)
#KarnivalSihatCantik
#MobileStokistPutrajaya
#ProjekSTG
#WAHMProject
#TuisyenBizOnlineTBO
#TMTDareToDream
#ProjekRayaSakan
#CoachZiana 018-2420305

Wednesday, 27 May 2015

ELAK RAHIM JATUH

Sumber : Utusan Online
Foto : Carian Google

Elak Rahim Jatuh
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

Jatuh organ peranakan (JOP) adalah satu perkara yang biasa berlaku di kalangan kaum wanita. Dianggarkan, hampir separuh daripada mereka yang pernah melahirkan anak akan mengalaminya di kemudian hari.

Namun begitu ramai yang enggan berjumpa doktor atas alasan malu, ditambah dengan keadaan JOP itu sendiri yang tidak mengganggu kehidupan hariannya.
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Kampung Baru Medical Centre (KBMC), Kuala Lumpur, Dr. Rosilawati Abd. Ghani berkata, JOP berlaku dalam keadaan di mana ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu.

‘‘Apabila ini berlaku, rahim akan jatuh keluar faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.
“Walaupun tidak sampai mengancam nyawa tetapi ia mendatangkan ketidakselesaan dan penderitaan emosi. Kadang- kadang seseorang itu boleh mendapat lebih dari sejenis JOP,’’ katanya.


Jenis-jenis JOP:

1) Bahagian atas/bumbung faraj
Sekiranya bahagian atas yang terlibat, maka rahim akan jatuh ke bahagian faraj (uterine prolapsed).
* Gred 1: Rahim terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidak menyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaan dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear
* Gred 2: Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj
* Gred 3: Hampir keseluruhan rahim jatuh terkeluar dari faraj.

2) Bahagian hadapan
Pundi air kencing jatuh ke dalam faraj (sistosele). Ia akan menolak dinding faraj ke hadapan yang menonjol seperti satu benjolan.
Kebiasaannya pundi dan salur kencing akan jatuh sekali (Cystourethrocele) dan paling biasa terjadi di kalangan wanita.

3) Bahagian belakang faraj
“Sebahagian dari usus kecil yang mengisi ruang antara rahim dan faraj boleh jatuh di kawasan antara faraj dan bahagian akhir usus besar (rektum). Keadaan ini dipanggil enterosele.

“Jika rektum pula yang jatuh, ia akan membentuk satu benjolan di belakang faraj berhampiran dengan dubur. Ini dipanggil rektosele,’’ terang Dr. Rosilawati.
Kemungkinan besar, kedua-dua keadaan ini boleh berlaku serentak dan harus diperiksa secara menyeluruh. Ini amat penting kerana jika tidak didiagnosis, boleh meningkatkan kesengsaraan pesakit lebih-lebih lagi selepas pembedahan.

Menurutnya, ada lagi satu keadaan dipanggil vault prolapse yang berlaku selepas pembedahan histerektomi atas apa jua masalah.

“Ini mungkin mengambil masa untuk berlaku setelah sokongan oleh otot-otot keliling dan bekas jahitan pada faraj menjadi lemah lalu jatuh ke bawah.

“Ia terjadi pada 15 peratus wanita yang menjalani pembedahan histerektomi disebabkan oleh JOP dan hanya satu peratus atas alasan lain seperti fibroid,’’ ujar beliau.

Punca-punca JOP:
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan otot dan ligamen pelvis menjadi lemah, antaranya kehamilan dan bersalin; usia dan menopaus; obesiti; ketumbuhan seperti fibroid yang besar dan; batuk atau sembelit kronik.

Lain-lain termasuklah mengangkat bebanan yang berat; keturunan seperti Sindrom Marfan dan etnik; menjalani pembedahan pelvis seperti histerektomi, pembetulan pundi kencing dan; kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang.
Simptom dan diagnosis

Wanita yang mengalami masalah JOP yang sedikit, kata Dr. Rosilawati, ada kalanya tidak berasa sebarang simptom atau ketidakselesaan.

“Sekiranya pundi kencing yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan wanita sukar mengawal kencing, kerap kencing atau kencing tidak puas.

“Apabila usus kecil atau besar yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan sembelit, rasa tidak puas buang air besar sehingga kadangkala terpaksa memasukkan jari untuk mengeluarkan najis.’’
Jatuh organ rahim pula menyebabkan wanita berasa ada benda berat di celah alat sulitnya. Dalam keadaan yang teruk di mana rahim jatuh keseluruhannya, boleh menyebabkan luka, berdarah dan jangkitan kuman.


Pencegahan
* Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera

* Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang

* Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air

* Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat

* Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik

* Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.


Rawatan

Dr. Rosilawati berkata, sekiranya JOP masih di peringkat awal, pesakit akan dirujuk kepada pakar fisioterapi untuk mengajar teknik senaman pelvik.

‘‘Selain itu, pesari faraj iaitu alat berupa gelang/donut yang terdapat dalam beberapa saiz boleh digunakan untuk mengekang rahim dari jatuh.

“Ia boleh digunakan oleh wanita dari segala peringkat usia reproduktif atau yang menopaus, yang tidak boleh atau tidak memilih cara pembedahan,’’ jelasnya.
Mengulas lanjut, ini mungkin disebabkan wanita itu muda dan masih mahu mengandung dan melahirkan anak atau wanita berusia yang tidak sihat untuk menjalani pembedahan.

Cuma, ia perlu diganti setiap tiga atau empat bulan dan pesakit hendaklah berjumpa pakar sakit puan untuk memasang dan menukarnya.

Secara amnya, setiap rawatan individu adalah bergantung kepada pelbagai sebab seperti usia, simptom, jenis JOP, perancangan reproduktif dan seksual, tahap kesihatan serta kesannya terhadap kehidupan wanita itu.


Rawatan pembedahan

Merupakan pilihan terakhir setelah segalanya dilakukan. Anterior repair-colporrhaphy adalah pembedahan yang dilakukan dari bahagian hadapan faraj tanpa melibatkan insisi/belah di bahagian abdomen/perut.

Dr. Rosilawati memberitahu: “Ia digunakan untuk membetulkan pundi kencing yang sudah jatuh. Selalunya bius sepenuhnya atau bius separuh digunakan.

“Komplikasi yang mungkin berlaku (tetapi jarang) adalah sakit ketika melakukan hubungan kelamin, pundi kencing yang terlalu sensitif ataupun sukar membuang air kecil.’’

Begitu juga dengan posterior repair yang melibatkan pembedahan dari belakang faraj dengan komplikasi yang lebih kurang sama dengan anterior repair. Selain itu, terdapat teknik baru menggunakan pita khas tetapi agak mahal.

“Rawatan pembedahan untuk rahim yang jatuh adalah dengan cara mengeluarkan rahim dari faraj dipanggil histerektomi faraj.

“Selalu juga, ketiga-tiga prosedur tersebut dilakukan serentak kerana JOP melibatkan bahagian hadapan, belakang dan rahim sekali gus,’’ katanya sambil menambah, salah satu komplikasi yang boleh berlaku adalah vault prolapse yang mana pembedahan untuk mengatasi masalah ini lebih merumitkan.

Pascapembedahan

Kebiasaannya, mereka yang pernah mengalami pembedahan melalui faraj akan melalui prosedur pembedahan yang singkat, kurang memerlukan ubat tahan sakit, mengalami pemulihan cepat dan memulakan hidup seperti biasa.

Walaupun begitu, histerektomi mengambil masa tiga bulan untuk pulih sepenuhnya. “Hubungan seks boleh dimulakan kembali enam minggu lepas pembedahan. Usah risau, ia tidak akan mengganggu kehidupan seks normal.

“Yang penting, janganlah malu untuk berjumpa doktor dan menceritakan tentang segala masalah alat sulit yang dihidapi,’’ pesan Dr. Rosilawati. Lakukan pemeriksaan tahunan dan pap smear sebagaimana jadual yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.

Kesimpulannya, rawatan dalam bentuk pembedahan atau bukan banyak bergantung kepada wanita itu sendiri, keseriusan masalahnya serta aspirasi masa depan reproduktif dan seksualnya.

Tuesday, 26 May 2015

STG MEGA ROADSHOW - ZON SELATAN

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Norziana Mat Sudin

LIVE FROM JB!
FULL HOUSE!

STG MEGA ROADSHOW ~ mendengar perkongsian dari pengasas STG, CDM Norazlin Nordin yang kini memegang income lebih RM100,000 sebulan!

Inilah yang bestnya dengan STG, sentiasa dibimbing dan diberi ilmu oleh mentor-mentor yang dah berjaya.

Nak tau lebih lanjut pasal STG? Whatsapp saya ye.

#KarnivalSihatCantik
#MobileStokistPutrajaya
#ProjekSTG
#WAHMProject
#TuisyenBizOnlineTBO
#TMTDareToDream
#ProjekRayaSakan
#CoachZiana 018-2420305

STOK LICIN LAGI!

Alhamdulillah, selesai susun sebahagian stok yg baru tiba pagi tadi. Sebahagian lagi masih ada atas kereta.

Dari minggu lepas banyak stokis kehabisan stok Maharani dan Mineral Coffee. Nasib baik saya selalu ada ready stok, so boleh tolong bekalkan stok untuk agen-agen di seluruh negara.

Dalam bisnes, memang boleh bermula tanpa stok. Tapi bila bisnes sudah semakin maju, adalah lebih bagus anda mempunyai stok sendiri.

Cuba bayangkan : sebuah gerai makan di sebuah pekan, gerainya menarik dan dihias rapi. Tapi bahan-bahan masakan belum dibeli. 

Datang 2 orang pelanggan. 'Bang, bagi kami mi goreng dan nasi goreng'.

'Ok dik. Tunggu kejap ye, abang pergi beli bahan-bahannya'.

Maka pemilik gerai pun bergegas ke kedai untuk membeli mi, beras, minyak, bawang, telur dan bahan-bahan lain.

Agak-agak pelanggan tadi sanggup ke tunggu? Mungkin ya, kalau kat situ itu satu-satunya gerai makan yang ada dan mereka tersangat lapar.

Itulah perbandingannya bila anda berniaga produk fizikal tapi tidak sanggup untuk menyimpan stok. Untuk menyimpan stok tidak semestinya perlukan modal yang besar. RM100, RM300, RM500, RM1000. Pilihlah ikut kemampuan anda.

Berminat nak tahu cara mulakan bisnes dengan modal RM50? Whatsapp saya 018-2420305.

# Nak order produk? Tempah online di sini : http://norzianamatsudin.blogspot.com/2015/05/tempahan-online-free-postage.html

#MobileStokistPutrajaya
#ProjekSTG
#WAHMProject
#TuisyenBizOnlineTBO
#TMTDareToDream
#ProjekRayaSakan
#CoachZiana 018-2420305

Sunday, 24 May 2015

ONLINE vs OFFLINE

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Tun Mozla bt Mamat

Alhamdulillah, baru selesai follow #TuisyenBizOnlineTBO oleh leader hebat coming CDM Tun Mozla Binti Mamat bersama lebih 200 orang peserta di seluruh negara.

Ini yg bestnya #ProjekSTG. Kalau nak buat kelas offline, bukan senang nak berkumpul bersama, apa lagi tengah-tengah malam ni kan. Para ibu lagi lah banyak halangannya. Nak urus anak-anak, nak susukan baby, nak masak, nak sediakan kelengkapan sekolah dan macam-macam lagi.

Tapi dengan bisnes online ni, semuanya senang. Sambil-sambil buat semua tu, boleh je berdiskusi, brain storming hala tuju bisnes.

Terima kasih 'cikgu' juga rakan-rakan seperjuangan. Moga perkongsian ilmu malam ni memberi manfaat kpd kita semua.

MAKAN GAJI vs BISNES

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Norziana Mat Sudin

Sedarkah kita, ramai hari ni di kalangan kita  sanggup setiap hari meredah kesesakan traffic, kelam kabut mengejar punch card, menahan sabar dengan karenah bos, memendam rasa dengan ragam rakan-rakan sekerja, mengorbankan masa dengan anak-anak, untuk mendapatkan upah / gaji.

Gaji yang hanya sempat 'singgah' seminggu dua dalam akaun bank dan dompet kita. Selepas tu kita kembali tak keruan memikirkan belanja-belanja sementara hari gaji bulan berikutnya.

Seronok kan kalau tak perlu pening dengan semua tu, santai-santai bisnes dari rumah dan dapat untung yang sama banyak macam makan gaji, malah lebih banyak! Saya dah jumpa caranya, dan sedang membuat persediaan sebelum mengambil langkah untuk menguruskan bisnes ni sepenuh masa dari rumah.

Saya mula bekerja sebagai Akauntan di jabatan kerajaan pada Jun 2007. Gaji pertama saya RM2345 sebulan. Dan bulan ni genap 8 tahun, gaji saya kini RM4200 sebulan.

Cuba bandingkan dengan ini -》》 saya mulakan bisnes bersama STG pada Oktober 2013. Bonus pertama saya RM700. Januari 2015, bonus saya RM4437 sebulan!


Nampak apa yang saya cuba sampaikan? Dalam bisnes, kita boleh tentukan berapa pendapatan kita. Kita pekerja, kitalah bos. Yang penting DUIT. Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal.

Berminat nak belajar cara mulakan bisnes dengan modal RM50? whatsapp saya 018-2420305.

STG MEGA ROADSHOW - JELAJAH MALAYSIA

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Smart Tycoon Group

[ ISTIMEWA UNTUK ORANG UTARA & SELATAN ~ Mungkin peluang setahun sekali sahaja!]

Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Berkat doa anda semua yang selalu tertanya-tanya, siapakah STG? Apakah #ProjekSTG yang menjadi satu fenomena di dunia Facebook?

Kini, pertanyaan anda bakal menjadi kenyataan.
Peluang yg jarang diberikan untuk semua, STG akan mengadakan Mega Roadshow PERCUMA bagi menjelaskan sejelas-jelasnya tentang #ProjekSTG secara LIVE bersama pengasasnya dan team mastermind.

Setelah hampir 4 tahun, projek STG telah berjaya mencatatkan pelbagai rekod kejayaan dan mengubah kehidupan ramai orang dengan ilmu, mentor dan sistem yang teruji dan terbukti. Alhamdulillah, syukur.

Apa itu STG?
Minda Magnet Rezeki?
FB Genius?
Cek Insentif?
The Magic Of Part Time?
Aset Bisnes?
Melancong percuma?
"Siapa yang bertanya, pasti mendapat jawapannya."

Jawapannya di sini:
STG Mega Roadshow - JELAJAH MALAYSIA.

Selatan ~ 26 Mei 2015 (Selasa) 8.45mlm ~ STG Centre, Skudai

Utara ~ 6 Jun 2015 (Sabtu) 9pg-12 tgh ~ Hotel Emerald

Datang awal untuk elak kesesakan.
Masuk PERCUMA. Semua dialu-alukan hadir.

Whatsapp saya untuk info lanjut.. FAST ACTION FAST RESULT!

Sebelum tu jom layan video ni, kenal2 dengan STG..tak kenal maka tak cinta!! :-)  STG CORPORATE VIDEO 2015 >>> https://www.youtube.com/watch?v=Pnmguied21E

#ProjekSTG
#WAHMProject
#TuisyenBizOnlineTBO
#TMTDareToDream
#ProjekRayaSakan
#CoachZiana 018-2420305

Saturday, 23 May 2015

BIO SELEZA UNTUK SEISI KELUARGA

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Carian Google

Siapa yang sesuai untuk guna tuala wanita Bio Seleza?

✔️Semua perempuan dan wanita yang telah baligh, sama ada remaja, belia atau pun dewasa kerana memakai pad atau pantyliner untuk kegunaan semasa haid, selain untuk penjagaan kebersihan, memberi tenaga dan membantu mengatasi masalah dalaman wanita.

✔️Wanita yang mengalami masalah seperti :
* keputihan, kekuningan, kehijauan
* senggugut
* sering pening dan kurang tenaga ketika haid
* aliran darah haid yang terlalu banyak / terlalu sedikit
* haid tidak teratur (berbulan-bulan atau bertahun haid tak datang)
* terkencing ketika batuk atau bersin
* sakit di bahagian tumit
* ketumbuhan ‘Cyst’ dan Fibroi
* ketidakseimbangan hormon
* sukar hamil
* kerap membuang air kecil, 
* vagina gatal dan berbau
* kurang keinginan seksual
* hubungan intim dengan suami dingin
* air kencing kotor
* kanser serviks / rahim
* buasir

✔️Wanita yang telah putus haid (menopause) kerana pada tempoh ini wanita mengalami masalah lemah otot pundi kencing yang menyebabkan sukar untuk mengawal kencing. Selain itu, pada tempoh ini juga wanita lebih berisiko tinggi dihidapi kanser rahim.

✔️Wanita yang tidak mengalami sebarang masalah kewanitaan kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Lagipun kita tak tau bila akan mendapat jangkitan dan penyakit.

✔️Dalam kes-kes tertentu, lelaki juga boleh menggunakan produk ini bagi merawat masalah angin pasang dan buasir.

KUDIS BUTA BERANSUR PULIH DENGAN BIO SELEZA

Dah lama tak share pasal Bio Seleza pelbagai guna ni. Ari ni nak share  testimoni terbaru, kudis buta pecah & beransur pulih lps tampal pantiliner Bio Seleza!
Nak try Bio Seleza yg awesome ni?? Tempah online kat sini ye 

#MobileStokistPutrajaya
#ProjekSTG
#WAHMProject
#TuisyenBizOnlineTBO
#TMTDareToDream
#ProjekRayaSakan
#CoachZiana 018-2420305

KOMPILASI TESTIMONI MINERAL COFFEE DAN GARLIC (PROJEK KEMPIS PERUT)
















Friday, 22 May 2015

REALISASIKAN IMPIAN BERSAMA ZMS WAHM ACADEMY

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Carian Google

Dalam perjuangan untuk mencapai cita-cita menjadi WAHM yang berjaya, saya juga nak membantu rakan-rakan yang mempunyai impian yang sama.

Maka tertubuhlah ZMS WAHM Academy dengan misi untuk membimbing bakal-bakal usahawan berjaya dalam bisnes online dari keselesaan rumah masing-masing.

Dilancarkan pada 10 Mei 2015, sambutan sangat menggalakkan dengan peserta batch pertama seramai 52 orang.

Khas untuk peserta ZMS WAHM Academy, kami coach untuk bisnes online 99.99% guna smartphone. Sebab kami faham, tak semua org ada komputer @ laptop kan. Tapi kami nak buktikan dengan hanya guna smartphone semua org boleh buat bisnes online.

Kelas online dijalankan di FB group, dengan bahan-bahan disediakan dalam bentuk gambar dan video yang senang diikuti. Syarat utama untuk ikuti kelas sangat mudah, hanya perlu ada smartphone dan capaian internet.

Berminat nak sertai ZMS WAHM Academy? Yuran hanya RM30 seumur hidup (mungkin akan dinaikkan pada masa depan). Whatsapp saya #CoachZiana 018-2420305 untuk info lanjut.

#KarnivalSihatCantik
#MobileStokistPutrajaya
#ProjekSTG
#WAHMProject
#TuisyenBizOnlineTBO
#TMTDareToDream
#ProjekRayaSakan
#CoachZiana 018-2420305

     

Thursday, 21 May 2015

BAGAIMANA MULA BISNES DENGAN RM50

Teks : Norziana Mat Sudin
Foto : Norziana Mat Sudin

Ramai yang masih ragu-ragu semua orang boleh mulakan bisnes dengan modal yang rendah. Dalam inovasi bisnes masa kini, pelbagai jenis bisnes boleh dijalankan tanpa modal. Contohnya program affiliate dan dropship kebanyakannya boleh dimulakan tanpa modal.

Hari ni saya nak berkongsi bagaimana anda boleh mulakan bisnes bersama Smart Tycoon Group (STG) hanya dengan modal RM50.

STG menjadikan produk edaran Sahajidah Hai-o Marketing (SHOM) sebagai platform bisnes. RM50 adalah yuran pendaftaran sebagai agen SHOM bagi membolehkan anda mendapat keistimewaan sebagai agen :
* beli produk dengan harga agen
* dapat untung runcit atas jualan (10-20%)
* dapat point jualan (Point Value = PV)
* dapat komisen / bonus 3-41% (berdasarkan PV)
* dapat bonus Tabung Wawasan & Tabung Kereta
* dapat tiket pelancongan percuma ke luar negara

Setelah mendaftar sebagai agen, anda boleh mula mengiklankan produk-produk SHOM di Facebook, Instagram, web, blog dan lain-lain. Info, bahan promosi dan contoh-contoh iklan disediakan dan boleh diakses secara online pada bila-bila masa.

Macam mana dengan STOK? Penghantaran produk kepada pelanggan boleh diuruskan oleh stokis berdaftar atau mobile stokis dalam kumpulan masing-masing. Kalau anda ada modal, anda boleh beli stok dan uruskan sendiri penghantaran pesanan pelanggan. Tak perlu pening kepala nak buat loan dan tiap-tiap bulan pening fikir nak bayar hutang bank. :-)

Senang je kan? Kalau berminat nak cuba bisnes bersama STG, whatsapp saya 018-2420305.

BISNES DARI RUMAH, 230 AGEN DI SELURUH NEGARA

Teks : Norziana Maat Sudin
Foto : Norziana Mat Sudin

Alhamdulillah, hari ni hari gaji sektor kerajaan. Hari gaji jualan memang melonjak, ramai yang suka shopping. Saya bukan saja tak menang tangan uruskan order dari customer, tapi juga uruskan order dari agen-agen yang nak dapatkan stok.

Berderet-deret pakat bank in bayaran, tak sabar nak cepat-cepat dapat stok. Alhamdulillah, selepas setahun setengah mulakan bisnes ni, sekarang saya ada lebih 230 agen di seluruh negara.

Agen-agen ni dari macam-macam latar belakang, majoriti sedang bekerja makan gaji dan hanya berniaga secara part time. Dalam rangkaian kami ada pensyarah, eksekutif, akauntan, cikgu dan tak kurang juga suri rumah yang berminat menambah pendapatan melalui bisnes online.

Bisnes bersama Smart Tycoon Group memang mudah, bimbingan diberikan stey by step. Misi kami adalah untuk melahirkan usahawan yang mengenggam 5-6 angka sebulan hanya dari rumah. Ramai dah berjaya, kita juga pasti boleh!

Berminat nak tahu lebih lanjut tentang Smart Tycoon Group? Whatsapp saya #CoachZiana 018-2420305.